WHO WE ARE

CEO

ADILAH HAZARI ADNAN

A woman wearing a brown hijab and glasses, smiling while dressed in a black blazer.

AHA Inspire Academy diterajui oleh seorang profesional berpengalaman dengan lebih daripada 21 tahun dalam industri kewangan, khususnya dalam perbankan dan kewangan Islam. Beliau merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, dengan kepakaran dalam merangka solusi latihan berimpak tinggi yang selari dengan keperluan organisasi moden.Berbekalkan latar belakang akademik Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dengan pengkhususan dalam Syariah dan Ekonomi, Universiti Malaya beliau turut melengkapkan diri dengan pelbagai pensijilan profesional dalam kewangan Islam, antaranya:

  • Certified Credit Professional – Islamic (CCPi-Consumer), IBFIM
  • Associate Qualification in Islamic Finance (AQIF), IBFIM•
  • Intermediate Qualification in Islamic Finance – Banking (IQIF), IBFIM•
  • Transformative Leadership for the Future Programme, UNITAR–INSEAD, Singapura.

Beliau kini dalam proses melengkapkan pensijilan Islamic Financial Planner (IFP) yangdiperakui oleh FPAM dan IBFIM, sebagai kesinambungan komitmen terhadap kecemerlangan profesional.

Sepanjang kerjaya, beliau telah terlibat secara langsung dalam pelbagai kerjasama strategik merentasi sektor kerajaan, syarikat korporat, institusi kewangan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS/SME). Pendedahan ini membolehkan beliau memahami keperluan pelbagai segmen organisasi serta merangka pendekatan latihan yang bersifat praktikal, relevan dan berorientasikan hasil.

Beliau juga dikenali dengan keupayaan tinggi dalam membina hubungan profesional, diplomasi organisasi serta kemahiran mempengaruhi dan meyakinkan pihak berkepentingan, hasil daripada penglibatan aktif dalam pelbagai inisiatif pembangunan perniagaan dan kepimpinan sejak di peringkat awal kerjaya. Minat dan penglibatan aktif dalam kepimpinan sejak zaman persekolahan hingga ke peringkat korporat telah membentuk gaya kepimpinan yang dinamik dan berimpak.

Berasal dari Taiping, Perak, beliau berkahwin dan dikurniakan lima orang anak. Sebagai peneraju AHA Inspire Academy, beliau komited dalam memperkasa individu dan organisasi melalui pendekatan latihan yang strategik, praktikal dan berimpak tinggi, selari dengan aspirasi pembangunan bakat dan kecemerlangan prestasi.

PRINCIPAL TRAINER

ZAMREE MOHAMED

Tuan Hj. Zamree Mohamed merupakan seorang profesional dan jurulatih berpengalaman dengan lebih 40tahun dalam industri perbankan.

Latar Belakang Pendidikan:

• Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

• Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA),Universiti Teknologi MARA (UiTM)

• Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti TeknologiMARA (UiTM)

Beliau juga merupakan Profesional Bertauliah Kewangan Islam (CPIF) serta Jurulatih Bertauliah Train The Trainer (TTT).

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan strategikantaranya sebagai Pengarah Agihan Perbankan Runcit serta Pengarah Negeri Johor, denganpengalaman memimpin lebih daripada 2,400 kakitangan dalam bidang jualan perbankan.

Beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh rangkaian perbankan runcit, memperluas capaian pelanggan serta memacu kerjasama strategik yang meningkatkan akses kepada penyelesaian perbankan Islam di seluruh negara.

Beliau turut menerajui inisiatif kolaborasi termasuk perkembangan solusi banca takaful, sekali gus memperkukuh penawaran perlindungan patuh Syariah kepada pelanggan. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, beliau dikenali sebagai pemimpin berintegriti,berwawasan dan berorientasikan hasil. Sebagai Principal Trainer, beliau membawa pendekatan latihan yang praktikal, strategik dan berimpak tinggi, khususnya dalam bidang perbankan,kewangan Islam dan pembangunan kepimpinan.

Contact info

ahainspire26@gmail.com

+60-0199667957

Kuala Lumpur